Ketukan Misteri Menghantui Penduduk Kampung, Penduduk Dinasihatkan Jangan Buka Pintu! Kalau Nampak Boleh Kena Sakit Jantung

Penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam diselubungi mist3ri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam sejak kelmarin.

Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan berhubung perkara itu.
Malah, katanya, dia sendiri turut diganggu bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumahnya pada jam 11 malam kelmarin.

“Boleh dikatakan hampir separuh penduduk kampung ini mengadu kejadian sama dan saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu jika terdengar bunyi meragukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Pihaknya turut melakukan rondaan di sekitar kampung membabitkan sukarelawan MPKK yang bermula pukul 10 malam hingga 3 pagi.

Di laman sosial Twitter, ketukan misteri itu menjadi buah mulut wargamaya apabila rata-ratanya terkejut dengan berita tersebut.

Malah, ramai wargamaya yang berkongsi foto susuk berwarna putih yang berkeliaran di kawasan luar rumah penduduk sehingga da yang berkongsi video ketika pintu tersebut di buka selepas mendengar bunyi ketukan

“Aku almost dapat sakit jantung bila kau bukak pintu tu” tulis seorang pengguna Twitter

 

Ada yang turut becerita pengalaman masing-masing berdepan ketukan misteri ini.

“Kat Sabak Bernam sekarang tengah kecoh pasal pintu rumah kena ketuk tapi bila bukak takde orang. Katanya 4 taman yang berbeza kena sekali. Taktau la nak kata hantu ke apa tapi tulah. Dia macam tiber je,” tulis seorang wargamaya.

“Sebelum nak buka pintu kena tunggu panggilan salam, sekiranya tiada yang beri salam atau tiada panggilan nama dan sebagainya janganlah buka. Tapi boleh buat fed up jugak kan. Sabar banyak-banyak ye. Semoga terungkai misteri ni,” komen seorang wargamaya.

“Check balik satu daerah tu sapa yang meninggal haritu. Check background dia, manatau barang dia terlepas cari tuan baru ke,” kata seorang wargamaya.

“Pagar rumah kitorang selalu terbukak dengan sendiri selalu jadi dalam pukul 8 lebih kitorang dengar bunyi pagar terbukak but bila keluar takde orang? So like ni macam taktik pencuri ke? Maybe benda kecik je but anyone yg nampak mintak tolong doakan I dengan my family takde apa-apa,” luah seorang wargamaya.

“Nak ikut ketawa tapi aku pernah kena jugak. Time maghrib. Pintu belakang rumah kena ketuk, sedangkan takda orang dekat rumah dan pagar blakang pun dah kunci. Seram gila dengar dia ketuk. Hari tak berangin, takda kucinf. Sampai sekarang trauma sikit dengar bunyi ketuk,” ujar seorang wargamaya.

“Mulanya tak percaya benda ni because I stayed up untill 3:00 am for two days and takde papepon but semalam my kakak ipar kena ketuk pintunya tacoddd HAHAHAHAH,” kata seorang wargamaya lagi.

Penduduk dinasihatkan untuk menghubungi polis atau pihak MPKK selain jiran terdekat sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan.

Salah seorang pengasas Paran0rmal Sungai Besar, Emie Shuib memberitahu Malaysiapost pihaknya membuat kesimpulan itu berikutan tiada kesan dari manusia seperti tapak kaki mahupun jejak haiwan.

Katanya, pelbagai spekulasi timbul bukan saja dalam kalangan penduduk, malah netizen susulan kisah mist3ri itu tular di media sosial, menyebabkan pihaknya mengambil beberapa langkah merungkainya.

“Antaranya berjumpa orang yang pandai dan mempunyai ilmu tentang mi-stik ini. Kami difahamkan ia bukan perbuatan ‘orang minyak’ kerana spesis hantu itu terus memecah masuk rumah, bukan ketuk pintu.

KERJA Orang Pelepas Ilmu

“Orang yang memiliki ilmu mi-stik ini beritahu tindakan ketuk pintu itu dilakukan ‘orang pelepas ilmu’ tapi tujuannya tak pasti lagi.

“Mungkin dah sampai orang itu nak uji jin dia ke, cari pewaris ke… dia nak pelepas ilmu dan mungkin terkait sama dengan entiti iaitu p0cong,” katanya.

Beliau menambah sepanjang pengalaman mengamalkan aktiviti paran0rmal, ia kemungkinan p0cong kerana ia tidak perlu guna asap kem3nyan, cukup sekadar panggil.

Katanya, ada individu dipanggil ‘wak’ memberitahu hal itu berlarutan selama tiga hari saja.

“Mungkin malam ini atau malam tadi dah berhenti, sekiranya ia pelepas ilmu. Namun jika benda ini masih berlarutan hari keempat dan seterusnya, polis akan buat tindakan lebih drastik dan mungkin ia perbuatan manusia seperti khianat,” katanya.

Emie berkata, dia dan pasukannya akan membuat tinjauan dan siasatan lebih lanjut malam ini, iaitu malam ketiga.

“Malam ini akan cuba lagi (kesan pihak bertanggungjawab), dua tiga pasukan akan turun membantu,’ katanya.

Semalam media melaporkan penduduk Sabak Bernam digemparkan dengan bunyi misteri ketukan pintu yang agak kuat sehingga mengejutkan mereka.

Ketukan yang masih menjadi tanda tanya penduduk itu berlaku di beberapa kampung sekitar daerah itu sejak kelmarin.

Bunyi ketukan itu menimbulkan persoalan dan misteri dengan pelbagai ulasan daripada netizen, antaranya mendakwa ada individu tidak bertanggungjawab sengaja melakukan perbuatan itu hingga tular menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook.

Gangguan ketukan itu berlaku pada waktu malam hingga awal pagi dan membabitkan beberapa kampung seperti Kampung Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting

Sumber foto: Facebook dan Twitter Via Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*