Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan Bukit Aman Disiasat SPRM! Berikutan Kes Macau Scam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan beberapa pegawai kanan polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Setakat ini, beberapa Ketua Polis Daerah (KPD) dan tiga pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta seorang pegawai Unit Perjudian (D7) Bukit Aman, ditahan dan dipanggil untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan melindungi aktiviti kegiatan perjudian dalam talian yang dikendalikan oleh kartel tempatan sehingga terbabit dalam pengubahan wang haram.

Sumber berkata, SPRM turut memanggil beberapa pegawai kanan dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk membantu siasatan serta rakaman percakapan.

“Setakat ini, tujuh pegawai kanan sudah ditahan dan dipanggil untuk siasatan lanjut berhubung kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada aktiviti judi dalam talian.

“Pada masa ini, proses mengesan saki-baki yang lain bagi membantu siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, nama-nama sebahagian pegawai dan anggota ini diperoleh daripada siasatan awal terhadap seorang lelaki yang dipercayai mendalangi aktiviti judi dalam talian bersama orang kanannya bergelar Datuk.

Mereka ditahan pada Sabtu dan Ahad lalu hasil siasatan ke atas beberapa selebriti, personaliti terkenal dan usahawan yang menjalankan perniagaan dengan wang hasil daripada aktiviti judi dalam talian dan aktiviti penipuan Macau Scam.

Pada masa ini BH masih mendapatkan pengesahan serbuan dan tangkapan berkenaan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Semalam, Azam mengesahkan penahanan 20 individu berdasarkan siasatan ke atas kes pengubahan wang haram termasuk membabitkan lapan pegawai polis.

Beliau turut mengesahkan akan melakukan tangkapan lain ke atas mereka yang disyaki terbabit.

 

Sumber – wowoberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*