Ketika Ramai Rakyat Sedang Sengsara, Gaji EXCO & Dun Kelantan NAIK! Sehingga RM5 ribu

KOTA BHARU: Barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kenaikan itu perlu bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji yang dinikmati mereka berbanding wakil rakyat negeri lain.

Bahkan katanya, wakil rakyat di Kelantan diibaratkan sebagai pegawai kebajikan kerana ramai masyarakat di kawasan memerlukan perhatian dan bantuan mereka.

“Jadi untuk merapatkan perbezaan ini, sekurang-kurangnya beza tak ketara dengan negeri lain… sebab itu ada cadangan supaya kita selaraskan (gaji wakil rakyat).

“Yang kedua… ini saya akan sebut dalam pembentangan memandangkan keadaan semasa semakin berat… kenaikan (gaji) wakil rakyat ni… dia (wang) pergi ke orang ramai juga… sebab wakil rakyat kita di Kelantan peranannya macam pegawai kebajikan,” katanya di sini, hari ini.

Kerajaan Kelantan membentangkan Belanjawan 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ke-14 bermula hari ini.

Antara yang akan dibentangkan pada persidangan kali ini adalah rang undang-undang bertujuan untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri 1980 bagi membolehkan kenaikan serta penyelarasan gaji itu diluluskan.

Mohd Amar berkata, kenaikan gaji pokok itu berbeza antara menteri besar, Exco dan ADUN.

 

sumber – Awani

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*