Ketika Azan Sedang Berkumandang, Tiba-Tiba Cashier Mydin Berhenti Dari Melakukan Apa-Apa. Rupa-rupanya Ini Yang Terjadi

Sedikit info berkenaan MYDIN, semua orang pasti kenal kan tentang pemilik rangkaian pasaraya yang besar di Malaysia yang beragama islam.

MYDIN telah diasaskan pada Ogos 1957 oleh Pengasas Allahyarham Tuan Mydin Mohamed di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau membuka kedai pertamanya yang merupakan kedai papan kecil bernama Syarikat Mydin Mohamed di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan dengan menjual barangan mainan dan barangan am dengan wang hasil titik peluh sendiri.

Dengan bantuan anak-anak beliau, perniagaannya mula berkembang ke Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan kemudian membuka cawangan mereka di Lembah Klang di Jalan Masjid India pada tahun 1989. Sejak itu MYDIN telah berkembang dengan maju dan berjaya. Dengan visi untuk menjadi pengedar terkemuka di dunia yang memberi perkhidmatan yang kompetitif dan Halal di Malaysia, ia kini dikenali sebagai Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Pada Julai 2013, MYDIN menceburi peruncitan premium dengan pembukaan outlet SAM’S Groceria yang membawa makna Saya Anak Malaysia di Pulau Pinang.

Menjelang September 2020, kini MYDIN mempunyai 68 cawangan di seluruh negara termasuk 26 Pasar Raya Besar MYDIN, 17 MYDIN Emporium, 3 MYDIN Bazaar, 4 francais MYDIN Mart, 8 kedai serbaneka yang beroperasi sebagai MyMart dan 8 supermarket MYDIN serta 2 kedai premium dikenali sebagai SAM Groceria.

 

Perkongsian oleh seorang pengguna twitter @najwaaljarumi tentang perkara yang berlaku di Mydin ketika saat azan berbunyi di pasaraya terkemuka itu.

 

 

“Dah lama ka Mydin buat macam ni?¬†Petang tadi kan, teman maa beli barang dekat Mydin. Dah habis beli barang, macam biasa lah beratur nak bayar.”

“Lepastu masa pekerja tu tengah scan harga barang¬≤, tiba¬≤ dia stop. Aku tengok kaunter sebelah pun stop. Pelik. Pastu dengar pekerja dekat kaunter aku tu tegur pekerja kaunter sebelah “Mat, azan Mat”. So automatik ‘Mat’ tu berhenti sekejap.”

“Ouh rupa-rupanya, semua stop bekerja sebab hormat azan. Secara tak langsung, semua customer berhenti bersembang, berjalan, pilih¬≤ barang sebab hormat azan. Salute dengan kakitangan dan of course Pengurus Mydin! Satu etika yang wajar dipuji.”

“See, mudah ja sebenarnya nak ajak orang lain buat baik dengan menunjukkan biah (suasana) yang baik. Jom kita”

 

Pujian harus diberikan keapada pengurusan pasaraya Mydin di atas tingkah laku yang dilakukan

 

teruskan menyokong perniagaan Muslim

 

Sumber РTwitter @najwaaljarumi

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*