Kes Meningkat! Kedah Bakal Tutup Semua Sekolah

Keputusan mengenai penutupan sekolah di Kedah hanya akan dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dan nasihat daripada MKN dan KKM.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon selepas mengulas gesaan orang ramai berkenaan penutupan sekolah di Kedah susulan meningkatnya kes Covid-19.

Elak kekeliruan maklumat

Menurutnya, pengesahan berkenaan adalah penting bagi mengelak kekeliruan maklumat berhubung kes Covid-19 terutamanya di sekolah.

“Dari segi keselamatan dan kesihatan itu sentiasa menjadi tumpuan untuk Kementerian Pendidikan, namun untuk kes itu (Covid-19 dan penutupan sekolah) keputusan akan dibuat MKN dan KKM”

KKM juga sangat prihatin dengan perkara ini dan akan memaklumkan apa-apa berita dan info terkini berkenaan penutupan sekolah diKedah.

Patuh SOP

Pihak Kementerian juga akan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Sehingga semalam, sebanyak 56 kes positif Covid-19 dan satu kes baharu telah dikesan. Manakala, 5,781 individu masih menunggu keputusan membabitkan kluster Sungai. Angka ini menunjukkan kerisauan kepada rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang menetap di utara Malaysia.

Sumber : BH Online, Harian Metro

Via – xtra

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*