Kes Juruarawat Pakai Baju PPE Kena Halau Ketika Nak Beli Barang Kat Kedai Runcit, Ini Rupanya Yang Terjadi

Sikap paranoid atau mudah memandang serong terhadap orang lain memang tidak dapat dipisahkan dalam masyarakat kita terutama dalam suasana pandemik sekarang.

Kadang-kadang terbersin dalam lif pun, orang lain yang turut berada dalam lif itu terus pandang kita dengan muka menyinga, risau kalau-kalau kita ini pembawa viirus.

Hal sama dikongsi oleh jururawat, Nurul Izzati Liyana Mohd Azhar, 29, yang disisih masyarakat hanya kerana pakaian seragam jururawat yang dipakainya didakwa membawa kuman.

” Hanya disebabkan kami memakai baju misi (pakaian seragam jururawat), sesetengah pihak memandang kami seperti membawa kuman dan virus sehingga ada yang tidak membenarkan kami masuk membeli barangan di kedai runcit,” kata Izzati.

Izzati memuat naik perkongsian itu di status WhatsApp lalu dikongsi adiknya, Mohd Suhaizam Mohd Azhar, 24, di Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Antara kisah lain yang dikongsikan termasuk ada pihak tidak mahu menaiki lif sama serta memarahi petugas kesihatan ketika mengisi minyak.

Menurutnya, semua petugas kesihatan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan hospital sebelum dan selepas menjalankan tugas.

” Jangan risau kami semua tidak menggunakan uniform (seragam) sama ketika menguruskan pesakit COVlD-19.

” Uniform itu hanya dipakai ketika mengimbas kad sebelum masuk bertugas dan selepas itu memakai baju yang lain serta pakaian perlindungan diri (PPE).

” Sebelum memakai semula pakaian itu di akhir tugasan, kami akan mandi terlebih dulu sebelum pulang ke rumah.

” Malah, sejurus sampai ke rumah kami akan mandi sekali lagi dan baju itu akan terus dicuci bagi mengelak sebarang kuman atau virus menjangkiti individu di rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Izzati berkata, terdapat SOP khusus penjagaan pesakit COVlD-19 di hospital bagi mencegah penularan wabak itu kepada masyarakat umum.

” Tidak salah untuk bersikap paranoid demi menjaga kesihatan diri namun biarlah tindakan itu diikuti dengan pengetahuan yang betul.

” Saya juga ada keluarga di rumah dan kerana itu saya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada mereka,” katanya.

Wanita yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur itu berkata, dia pernah memakai PPE daripada plastik sampah pada peringkat awal pandemik ini dan berharap masyarakat tidak melayaninya seperti ‘pembawa virus’.

” Tujuh jam memakai PPE lengkap sudah terasa panasnya, apatah lagi memakai PPE yang diperbuat daripada plastik sampah.

” Banyak yang dikorbankan petugas kesihatan ketika pandemik ini, bukan saja berpanas, malah ada yang tidak berjumpa keluarga lebih dua bulan bagi memastikan orang lain selamat,” katanya.

Menurutnya, masyarakat seharusnya tetap mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dan sama-sama bertanggungjawab menangani COVlD-19.

” Tidak seperti dulu, masyarakat kini semakin tenang dan bersikap ambil mudah mengenai sesuatu perkara.

” Peningkatan kes COVlD-19 sepatutnya membuka mata masyarakat supaya lebih berjaga-jaga,” katanya yang mempunyai lapan tahun pengalaman dalam bidang kejururawatan.

 

Sumber – Asia Kini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*