Kes Covid Meningkat Secara Mendadak! Ini Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Panik..

SUSULAN peningkatan kes positif COVID-19 sejak akhir-akhir ini, sudah tentu ramai antara kita rasa khuatir dan bimbang akan penularan virus itu.

Namun, dalam kekhuatiran itu, anda dinasihat untuk tidak panik sebaliknya perlu sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Seiring jumlah kes yang menunjukkan trend peningkatan, ini beberapa sebab MENGAPA ANDA TIDAK PERLU PANIK:
Walaupun Kluster Tembok di Kedah dan Perak menunjukkan peningkatan tiga digit, namun ia berlaku di dalam penjara.

Jangan hanya tengok pada angka, kebanyakan kes berlaku di kawasan Zon Merah (Kedah dan Sabah) yang sudahpun dikawal ketat.
Taburan kes di negeri-negeri lain dilihat masih rendah, berbanding keseluruhan kes baharu setiap hari.

Trend peningkatan kes COVID-19 adalah disebabkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari di kawasan PKPD.

Terlalu banyak perkongsian yang disensasikan pihak tidak bertanggungjawab tanpa mempunyai fakta yang tepat, sekali gus mencetuskan kebimbangan.

Justeru, rakyat Malaysia perlu kekal tenang, rujuk data dan penjelasan daripada saluran yang sahih serta pihak bertanggungjawab seperti KKM dan MKN.

Semoga kita dapat bersama-sama menentang penularan wabak ini dan menang dalam ‘perang’ ini.

 

sumber – Awani

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*