Kes Bunuh Nurin Jazlin Tak Pernah Ditutup Semenjak 2007. Ini Penjelasan Padu PDRM Pasal Pembunuh Nurin!

Alfatihah Untuj Adik Nurin

Siasatan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes bunuh Nurin Jazlin Jazimin sentiasa aktif dan tidak pernah ditutup.

Perkara itu dinyatakan 0leh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, yang memaklumkan bukti penting dalam kes berkenaan sentiasa berada dalam bank data PDRM.

“Kes ini sentiasa aktif, namun PDRM masih belum mendapat apa-apa petunjuk baharu.

“Bagaimanapun, bukti-bukti penting seperti deoxyribonucleic acid (DNA) berhubung kes ini masih berada dalam bank data kami untuk rujukan apabila diperlukan kelak,” katanya dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya tidak pernah menutup kes berkenaan.

“Kami tidak pernah tutup kes itu. Kalau ada petunjuk baharu, kami akan ambil tindakan,” katanya dihubungi, hari ini.

Hari ini, Harian Metro melaporkan perkongsian pengalaman beberapa individu termasuk bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, 47, mengenai kisah mereka sewaktu kehilangannya serta penemuan mayat kanak-kanak berkenaan yang genap berusia 21 tahun semalam, sekiranya masih hidup.

Sebelum ini, media melaporkan Nurin Jazlin, 8, dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos 2007.

Mangsa dikatakan dilarikan seorang lelaki menaiki sebuah van putih.

Pada 17 September 2007, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum keputusan ujian DNA mengesahkan mangsa adalah Nurin Jazlin.

Sumber – Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*