Kereta Mewah Mercedes Benz A250 di ‘Modified’ Jadi Kereta Buruk. Ini Penjelasan Pemilik Mengapa Beliau Menghabiskan Duit Untuk Buat Kereta Nampak Makin Buruk!

KOTA BHARU – Seorang peniaga kedai makan sanggup berbelanja ribuan ringgit bagi memenuhi citarasanya untuk mencantikkan kereta mewah jenis Mercedes Benz model A250 miliknya.

Muhd Asif Ali Mohd Fadli, 20, berkata, rupa buruk itu kelihatan unik pada pandangannya biarpun berbeza daripada pendapat umum.

Menurutnya, beliau membelanjakan wang RM5,000 bagi proses mencantikkan badan kereta itu iaitu RM3,900 kos bagi pelekat dari Kuala Lumpur yang dibeli melalui dalam talian, manakala RM1,100 lagi dibayar upah kepada rakan yang melakukan kerja-kerja menampal.

“Kereta Mercedes Benz model A250 ini bernilai RM175,000 yang sudah dimodifikasi ke AMG A45. Baru setahun dibeli dan pada asalnya berwarna putih.

“Sebelum ini, saya pakai Honda Jazz dan sememangnya sudah lama berminat dalam kerja-kerja mengubah suai kenderaan bagi memenuhi kepuasan diri sendiri,” katanya ketika ditemui di kedai makannya Jalan Bayam di sini hari ini.

Menurutnya, proses menampal pelekat bercorak karat dan berlubang-lubang pada keseluruhan bahagian luar badan kereta itu mengambil masa selama seminggu.

“Sukar hendak jelaskan kepada umum kerana ini adalah minat dan saya akui corak itu buruk tetapi bagi tetap unik.

“Saya tetap sukakannya walaupun orang lain kata hodoh dan pelik,” katanya.

Katanya, corak sebegini menjadi trend yang semakin dikenali di Kuala Lumpur namun kalau di Kelantan, belum ramai yang berani untuk menggunakannya pada kenderaan masing-masing.

“Selain minat mengubah suai kereta, saya juga seronok apabila ramai tertarik dan memandang ketika saya memandu kereta ini,” katanya.

Sumber-Sinarharian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*