Kerajaan Tambah Slot Program TV Pendidikan Untuk Calon SPM2020 di Saluran NTV7. Ini Butirannya

Bermula esok, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah slot program TV Pendidikan dalam program [email protected], khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang akan menduduki peperiksaan, mulai 22 Feb ini.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan slot tambahan itu melibatkan sesi selama dua jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari 3 hingga 5 petang di saluran NTV7.
“KPM juga telah menambah lima jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 5 petang,” menurut KPM.
Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan [email protected]
Pada 18 Januari lalu, presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan supaya satu saluran televisyen milik kerajaan digunakan sepenuhnya untuk siaran tv pendidikan pada had masa paling optimum.
Menurut Zahid, stesen televisyen tidak berbayar dan berbayar juga boleh memainkan peranan untuk membantu menyediakan saluran pendidikan tanpa henti sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada murid dan ibu bapa pada waktu sukar ini.
“Slot siaran boleh dibahagikan mengikut matapelajaran dan subjek teras untuk murid tahun 1 hingga 6 serta pelajar tingkatan 1 hingga 5. Pelajar dikehendaki mengikut jadual masa pembelajaran yang ditentukan KPM melalui saluran pendidikan di televisyen itu.” kata Zahid
KPM turut melahirkan keyakinan program TV Pendidikan yang disediakan itu dapat dimanfaatkan oleh pelajar, guru dan ibu bapa sebagai antara kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang berkesan.
Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM diwww.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
Sumber – Bernama/TunCarlos.com
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*