Kerajaan PN Mahu Buat Semula PLKN Meskipun Menelan Belanja Yang Tinggi. Ini Butirannya

Kerajaan bercadang untuk mewujudkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas ia dimansuhkan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata program tersebut telah memberikan kesan patriotisme di kalangan remaja yang menyertainya selepas tamat persekolahan.

“Program PLKN dimansuhkan 2018 namun berdasarkan kesan program baik dalam pembentukan patriotisme remaja yang telah menyertai program ini pihak kementerian akan cadangkan semula kepada jemaah menteri agar projek ini dilaksanakan semula.

“Kita akan sediakan kertas memorandum jemaah menteri untuk kelulusan jemaah menteri,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan bagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail Sabri

 

Dia berkata demikian sebagai menjawab cadangan Ahmad Maslan (BN-Pontian) supaya mewujudkan semula PLKN.

Sewaktu pentadbiran PH, ia mengumumkan PLKN dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan.

Ismail juga berkata bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam menawarkan khidmat secara soft landing kepada bekas pegawai PLKN dan mereka akan ditempatkan di pelbagai agensi bagi tempoh setahun bermula 2019.

Sumber-Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*