Kerajaan Hari Ini Terlalu Fokus Nak Berpolitik, Ribuan Rakyat Bakal Hilang Kerja

SHAH ALAM – Bekas Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran memberi amaran bahawa ribuan rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus sibuk berpolitik.

Menurutnya, berdasarkan laporan daripada pelbagai pihak bahawa lebih 51,000 kedai runcit di negara ini akan ditutup dalam empat hingga lima bulan ke depan.

 

“Ini disebabkan oleh kesan awal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan perniagaan mula beralih ke e-dagang.

“Ini secara langsung boleh mengakibatkan kehilangan pekerjaan melebihi 150,000 pekerja.

“Sektor peruncitan mungkin menghadapi penguncupan sistemik dalam jangka waktu tertentu kerana berkaitan dengan industri pelancongan yang paling terjejas akibat krisis Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata, di sebalik keadaan itu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus sibuk berpolitik dan gagal membantu industri peruncitan ini.

Beliau turut berpandangan sekiranya kerajaan Persekutuan terus sibuk berpolitik maka sudah pasti akan gagal untuk menghasilkan strategi yang berkesan untuk menyelamatkan industri ini.

“Kerajaan begitu sibuk merancang pengambilalihan Sabah dan merancang untuk menyelamatkan majoriti tipisnya di Parlimen sehingga meninggalkan kebajikan pekerja dan perniagaan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan AS$3.21 bilion (RM13.8 bilion) untuk subsidi upah dan sebagai perbandingan, Singapura pula memperuntukkan AS$14.6 bilion untuk memberi subsidi atau membiayai bersama upah pekerja dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi.

Bagaimanapun menurutnya, subsidi upah di Singapura merangkumi semua pekerja, sementara di Malaysia hanya mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 layak mendapat subsidi gaji.

“Kelas profesional dan teknikal yang merangkumi 59 peratus daripada kehilangan pekerjaan, tidak dilindungi.

“Walaupun kadar pengangguran turun dari 5.3 peratus menjadi 4.7 peratus baru-baru ini, ia tidak menggambarkan keadaan perniagaan dan buruh sebenar di lapangan. Penutupan perniagaan dan pemberhentian pekerja masih berterusan,” katanya.

Sehubungan itu, Kulasegaran menggesa kerajaan supaya memberi perhatian serius dan mengambil lebih banyak langkah untuk membendung pemberhentian dan penutupan perniagaan.

 

Sumber -Sinar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*