KEJAM! Ditikam Bertubi-tubi Hingga Mati, Mayat Lelaki Ini Dijumpai Di Tengah Laluan Jalan Raya. Sesiapa Yang Ada Maklumat Sila Hubungi Polis Segera!

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijumpai mati dengan kesan tikaman di Jalan Bangsar awal pagi tadi.
Mangsa yang dipercayai berusia 30an itu ditemukan di tengah laluan di jalan tersebut pada jam 5.38 pagi oleh orang awam.
Polis mengambil tindakan menutup jalan bagi melakukan siasatan atas penemuan mayat tersebut.
Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang pengenalan diri pada mangsa.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin dalam kenyataan pada Khamis berkata polis menerima panggilan memaklumkan penemuan seorang lelaki dalam keadaan cedera dan tidak sedarkan diri di atas jalan raya di Jalan Bangsar, menghala ke Pantai Dalam di ibu kota.
“Siasatan lanjut forensik di tempat kejadian mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa anggota badan dipercayai menggunakan senjata tajam.
“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai si mati atau mempunyai ahli keluarga yang hilang boleh menghubungi pihak polis di talian 03-22979222 bagi membantu siasatan.
Sumber-Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*