
KUALA LUMPUR – Langsung Tidak berperikemanusian dan kejam.
Itulah perilaku seorang pemilik kereta jenis Honda City yang bertindak menghempaskan seekor kucing berada di atas keretanya ke lantai dalam satu kejadian di hadapan sebuah premis di Jalan Rejang, Setapak semalam. Tindakan lelaki berusia 34 tahun itu mendapat kecaman netizen selepas satu klip rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian tersebut tular di media sosial.
Susulan daripada kejadian tersebut, Persatuan Haiwan Malaysia dalam paparan di Facebooknya mendedahkan kucing terbabit mengalami kecederaan dalaman akibat tindakan pelaku berkenaan.
“Pemilik sudah membawa kucing itu ke klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan dan satu laporan polis dijangka dibuat esok (hari ini),” tulisnya di paparan Facebook.
Sehingga kini, klip video berdurasi 55 saat itu sudah ditonton 8,500 pengguna media sosial serta dikongsi 253 individu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi Kosmo! memberitahu tiada laporan polis berhubung kejadian diterima setakat ini.
SUmber – Wowberita
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply