Kehilangan Besar Negara, Prof Diraja Ungku Abdul Aziz. Ini punca kematian beliau

KUALA LUMPUR: Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang.
Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran, jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.
Allahyarham merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.
Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.
Beliau yang dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.
Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.
Allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar.
Beberapa pemimpin dan personaliti tanah air berkongsi kesedihan di atas pemergian pemikir ekonomi terulung negara.
Sementara itu, Rohayah berkata jenazah suaminya kini sedang dimandikan di Hospital Prince Court sebelum dibawa ke Masjid At-Taqwa untuk disembahyangkan.
Sejurus selesai solat jenazah, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada malam ini.
Sumber-Astroawani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*