Keadaan Makin Teruk, M Daud Kilau Dikejarkan Ke Hospital Secara Mengejut Akibat Sesak Nafas. Ini Keadaan Terkini Beliau

TELUK INTAN – Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dikejarkan ke Hospital Teluk Intan di sini hari ini akibat sesak nafas.

Menurut anak lelaki penyanyi itu, Ahmad Zaini, bapanya dimasukkan ke hospital pada pukul 3.15 petang tadi setelah mengadu sesak nafas sejak malam semalam.

Katanya, bapanya kini stabil namun berada dalam keadaan lemah selepas mengadu sesak nafas kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

“Saya membawanya ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk kira-kira pukul 1 pagi tadi dan selepas itu membawanya semula pulang ke rumah.

“Melihatkan keadaannya yang semakin teruk, saya terus membawanya ke Hospital Teluk Intan petang tadi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di hospital, bapanya menjalani pemeriksaan dan rawatan di zon merah dan diberikan bantuan pernafasan menggunakan oksigen.

“Sehingga sekarang bapa masih dirawat, keadaannya stabil, boleh bercakap namun dalam keadaan keletihan,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi berusia 83 tahun itu pernah dikejarkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Kesihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu lagu ‘Cek Mek Molek’ dan ‘Gila Judi’ itu semakin merosot sejak beberapa tahun lalu kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil.

Keadaan itu juga menyebabkan M. Daud Kilau mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas.

Malah, sejak kebelakangan ini penyanyi itu lebih banyak berbaring di rumahnya di Sungai Balai Baru, Bagan Datuk.-K!ONLINE

Sumber – KOSOM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*