Kanak-kanak pesakit Covid-19 tersepit kepala di katil Hospital Tumpat. Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga pesakit Covid-19, tersangkut kepala pada katil dalam kejadian di Hospital Tumpat, Kelantan, malam tadi.

Pada kejadian jam kira-kira 10.27 malam tadi itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), daerah Tumpat, menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Komander Operasi JBPM Tumpat, Marzuki Awang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Tumpat menyatakan terdapat seorang kanak-kanak tersangkut kepala di besi katil wad.

“Sampai di lokasi kita dapati kepala kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga pesakit Covid-19 tersangkut dan tersepit dibesi katil.

“Anggota menggunakan peralatan ‘rescue tool’ untuk memotong besi katil dan didapati mangsa selamat dari kecederaan.

“Kerja-kerja menyelamat dijalankan oleh lapan anggota dan dipantau oleh pegawai perubatan dan jururawat hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi menyelamat mengambil masa selamat 30 minit dan kepala mangsa berjaya dikeluarkan daripada besi katil tersebut.

Katanya, operasi juga dilakukan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 termasuk memakai sut PPE.

Sumber-Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*