“Kan Dah 2 Tahun Diorang Ni…” Reaksi Yusof Haslam Apabila Dengar Anak Dan Menantunya Pergi Pejabat Agama

Sejak dua Hari lepas, peminat hiburan seni tanahair dikejutkan dengan berita pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di pejabat agama.

Manakan tidak, pasangan terbabit dilihat tidak pernah ada sebarang pergeseran meskipun jarang berkongsi aktiviti kehidupan mereka.

Namun ramai beranggapan bahawa keadan rumah tangga pasangan selebriti tersebut kini sedang berantakan.

Datuk Yusof Haslam bersuara

Terkini, pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam tampil menjawab perkara yang membabitkan rumahtangga anak lelakinya itu. Enggan mencampuri urusan peribadi mereka, Yusof berkata dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu. Puteri Sarah enggan mengulas dakwaan rumah tangganya dengan Syamsul kini berdepan dengan masalah.

” Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka. Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.

” Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.

” Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.

” Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

” Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.

Yusof diminta mengulas mengenai dakwaan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.

Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya, Fatimah.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan sepasang anak.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Syamsul yang juga seorang pengarah filem hebat gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau sudah ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya, namun Syamsul masih lagi mengikuti IG aktres itu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.

umber – Limau Ais

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*