“Kamu Boss Parti BN Ke?” Najib Sound Pedas Kepada Kit Siang Berkenaan Beliau Dilantik Sebagai Pengerusi BNBBC. Ini Penjelasannay

terdahulu Lim Kit siang membuat satu hantaran di laman FB Beliau dan mempertikai kenapa Datuk Seri najib dilnatik sebagai BNBBC. Ini Jawapan padu dari DS Najib melalui hantaran di laman FB beliau.
Kenapa Uncle Kit Siang ini sangat takut pada saya?
Dan sejak bila Kit Siang dilantik boss BN?
Kit Siang kata dia mahu beri masa 72 jam kepada saya untuk jelaskan pelantikan saya sebagai pengerusi BNBBC.
Dia kata pelantikan saya tidak wajar sebab saya sudah disabitkan kesalahan dalam kes SRC.
Ini BNBBC tahu? bukan DAPBBC.
Jika ini masa bukan krisis Covid, saya akan cabar dia sekali lagi untuk debat – seperti debat yang mula-mula dia setuju tetapi akhirnya lari diri dengan alasan bodoh dia bahawa debat antara saya dan dia akan menjejaskan harmoni antara kaum.
Tapi ini bukan masa krisis Covid. Sebab itu, saya berikan beberapa soalan kepada dia untuk jawab:
1. Sejak bila kamu dilantik boss BN untuk pertikaikan dan menyibuk keputusuan lantikan dalaman BN?
2. Adakah ianya benar bahawa Ketua Hakim Negara yang dilantik masa PH itu adalah pilihan Kit Siang?
Adakah juga Peguam Negara yang dilantik dari luar oleh PH yang membuat keputusan dakwa saya juga peguam anak kamu dan adakah pendakwa raya kes SRC saya yang dilantik dari luar oleh PH juga peguam untuk Phang Li Koon, penjual banglo murah kepada anak kamu?
3. Adakah ianya benar bahawa hakim kes SRC saya tiba-tiba ditukar dengan hakim baru yang dipindah dari mahkamah komersial ke mahkamah jenayah setelah kes mahkamah saya sudah berjalan dengan alasan “pertukaran hakim adalah perkara biasa” (routine change) seminggu selepas ketua hakim negara dilantik PH?
“New judge to hear Najib’s CBT case “
4. Adakah ianya benar bahawa ketua hakim negara tersebut hanya berkhidmat selama 9 bulan sahaja dan kemudiannya dia berkempen untuk Warisan Plus dan di atas pentas bersama Guan Eng pada PRN Sabah lalu?
5. Adakah saya masih bebas sebagai ahli parlimen sebab saya tengah menunggu rayuan kes SRC saya? Dan adakah Kit Siang bersetuju bahawa kes SRC saya melibatkan saya sokong pinjaman RM4 bilion diberikan oleh KWAP kepada SRC pada tahun 2011 supaya saya kononnya tunggu 4 tahun kemudian untuk songlap RM42 juta (1% dari RM4b) yang kemudiannya dibelanjakan untuk kerja-kerja CSR dan sedekah dan bukan untuk kegunaan peribadi saya?
“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”
Ini tak sama dengan RM305 juta yang anak kamu sedekahkan kepada projek kroni terowong untuk kos membuat laporan kebolehlaksanaan di mana 5 tahun selepas bahagian besar wang RM305 juta dibayar, kita tak nampak pun ada apa-apa projek pembinaan kecuali pembinaan projek kondo mewah atas tanah kerajaan yang dibayar Guan Eng untuk projek terowong.
6. Adakah Kit Siang bersetuju bahawa menteri kewangan menyalahgunakan kuasa mereka seperti untuk mengenakan cukai LHDN ke atas RM2.6 bilion yang telahpun dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas menerimanya dan dikenakan lagi penalti 40% + 10% + 5% sehingga menjadi cukai RM1.7 bilion?
Wang yang telah dipulangkan 4 bulan kemudian pun perlu dicukai ke?
7. Adakah Kit Siang pernah bantah orang yang sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah dilantik sebagai menteri kewangan?
8. Adakah Kit Siang turut membantah orang yang sekali lagi menghadapi banyak dakwaan-dakwaan mahkamah untuk rasuah terus menjawat sebagai boss DAP?
9. Dan adakah Kit Siang bersetuju bahawa orang yang enggan tepati janji sendiri kepada pengundi untuk bersara jika Tun Mahathir tak serahkan jawatan PM kepada Anwar tidak perlu dilayan?
10. Kenapa kamu takut pada saya?
Saya beri kamu 72 jam untuk jawab.
Sumber – FB Najib

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*