Johari Umum Sarawak Tetap Akan Adakan Pilihan Raya Meskipun Peristiwa Isu PRN Sabah Pun Belum Habis

KUALA LUMPUR: Sarawak akan tetap meneruskan Pilihan Raya Negeri ke-12 meskipun sedar negara kini berdepan dengan pandemik COVID-19, kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurut Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu, PRN ke-12 tetap akan diadakan melihat kepada kebolehan Sarawak mengendalikan pandemik itu secara efektif ketika ini.
“(Namun) sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh meneruskan mandat, saya tidak kisah untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri,” tegasnya.
Kata Abang Johari, perkara tersebut merujuk kepada parti-parti pembangkang yang menyuarakan bahawa PRN tidak harus diadakan ketika negara sedang berdepan masa sukar ini.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk diberikan oleh Ketua Menteri Sarawak itu berkenaan tarikh sebenar pilihan raya akan datang.
Beliau memberitahu, mandat bagi kerajaan negeri itu akan berakhir pada Jun 2021 dan apabila mencapai tempoh matang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara automatik tetap akan bubar.
Justeru ujarnya, PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubarannya.
Beliau berkata demikian pada Konvensyen Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di Kuching pada Ahad.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*