Jika Belanjawan Tak Lulus, PM Kena Letak Jawatan. Kerajaan Pintu Belakang Akan Diganti Dengan Kerajaan Tebuk Atap, Sama Juga Tak Stabil-Tun M

KUALA LUMPUR: Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau secara amnya berpendapat ada keperluan untuk meluluskan belanjawan itu, namun perlu ada pindaan terhadap peruntukan tertentu bagi memastikan ia lebih menyeluruh, terutamanya dalam menangani COVID-19 dan mengukuhkan kembali ekonomi.
“Kita semua ingin luluskan bajet ini. Jika ianya tidak lulus, pada lazimnya Perdana Menteri perlu letak jawatan. Akan jadi pula satu krisis politik. Kerajaan pintu belakang ini akan diganti dengan Kerajaan tebuk atap, yang juga tidak stabil.
“Kita telah ada pilihan raya yang menentukan Kerajaan pilihan rakyat didirikan. Setelah dipilih Kerajaan ini dijatuhkan dan Kerajaan oleh puak yang ditolak oleh rakyat mendirikan Kerajaan. Ini sebenarnya adalah satu penipuan walaupun tidak ada undang-undang yang melarang perbuatan ini. Ia menidakkan demokrasi,” katanya lagi.
Dr Mahathir mendakwa, Kerajaan sedia ada dilihat amat lemah, dan menghabiskan masa untuk mempertahankan kedudukannya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, di Dewan Rakyat hari ini.
Berucap lanjut, Dr Mahathir berkata, tumpuan kepada mempertahan kedudukan yang lemah, hanya menjejaskan tumpuan kepada menangani masalah wabak, dan hasilnya ialah pembaziran masa dan wang untuk merebut kuasa, seperti mana beliau dakwa berlaku di Sabah.
“Jika dahulu kita sudah berjaya kurangkan wabak, sekarang kita dihadapi dengan second dan third wave dengan jangkitan lebih seribu sehari. Ramai yang maut yang sepatutnya berada sekarang.
“Masih ada yang ingin mengadakan PRU (Pilihan Raya Umum) supaya dapat rebut kuasa. Ingatlah berapa ramai pula yang akan mati kerana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ingin jatuh Kerajaan Sabah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Mahathir meminta agar dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dimulakan Pakatan Harapan, dapat dikembalikan semula dalam usaha mengurangkan jarak kekayaan ekonomi antara bandar dan luar bandar.
Beliau berkata, tidak patut dasar kemakmuran bersama itu ditolak semata-mata kerana ia adalah dari parti lawan.
“Kerajaan yang ditubuh bukanlah untuk orang parti-parti Kerajaan sahaja. Kerajaan kerap berkata ia adalah Kerajaan bagi semua rakyat. Oleh itu janganlah tolak cadangan parti lawan yang baik bagi semua rakyat kerana mengutamakan politik parti.
“Walaupun kita tidak perlu ketepikan Perlembagaan Negara, undang-undang dan aturan peraturan dengan mengisytihar darurat, tetapi dengan kuasa yang ada sekarang, kita masih boleh lakukan banyak tindakan untuk membendung COVID-19 dan memulih ekonomi negara,” katanya lagi.
Mengakhiri perbahasannya, Dr Mahathir berkata, beliau dan Ahli-ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya akan membuat keputusan untuk menyokong atau menolak Belanjawan 2021 berdasarkan langkah Kerajaan seterusnya.
Beliau berharap agar Kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan yang telah diberikan, dan sokongan mereka bergantung kepada tahap penerimaan Kerajaan terhadap cadangan itu.
Sumber-Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*