Jenazah Pemandu Honda Dilanggar Di Lampu Isyarat Taman Pelangi, Selamat Dikebumikan. Ini Rupanya Cerita Sebenar…

Jenazah mangsa kemalangan di hadapan Plaza Pelangi, Mohd Rizal Buseri telah selamat dilebumikan petang tadi.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan yg beriman serta dikasihiNya aamiin aamiin ya rabbal alamin.
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami cedera ringan.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan tiga kereta jenis Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga berhampiran simpang empat di Plaza Pelangi.
Katanya, sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota telah
dihantar ke tempat kejadian sejurus laporan kecemasan diterima.
“Setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu mangsa dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
“Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas
menyelamat hanya mengambil masa dua minit.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Nordatul Badrol berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan mangsa cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan kira-kira pukul 10 pagi.
Ini Video pelanggaran kereta tersebut

Posted by Mohd Nasrul on Saturday, 10 October 2020

Ni laaa muka manusia yang langgar honda sampai driver honda tu meninggal. Dahla lesen takda, roadtax mati, Lepastu dia twist cerita kata nak elak kereta lain. Dalam video terang2 hang bawak laju. Ke main phone sambil drive? Menyusahkan orang. Myvi jugak yang naik nama
Sumber – FB Media Viral Johor & Mohd Nasrul

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*