“Jangan Bingungkan Rakyat!” – Semalam MKN Umum Taman Awam Tutup, Harini Menter Wilayah Pulak Umum Taman Awam Dibuka Ketika PKP.

KUALA LUMPUR: Semua taman awam di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi semula bermula hari ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan berkata, bagaimanapun aktiviti riadah secara bersendirian sahaja dibenarkan dan tidak melibatkan kegiatan secara berkumpulan.

Katanya, sehubungan itu, pihaknya bersetuju untuk membuka semula taman-taman awam, tetapi perlu diselia khususnya dalam aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Lazimnya, aktiviti di taman awam selalunya melibatkan aktiviti riadah secara berkumpulan, berkelah dan beramai-ramai dan ini tidak dibenarkan.

bce4ca17-ce63-4063-96e1-1c12d56d75fa.gif“Namun, tidak pula ia menghalang aktiviti-aktiviti lain yang dibolehkan, jadi kita setuju taman awam dibuka untuk digunakan orang awam selagi mana ia tidak bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam sidang media berkaitan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan menerusi Facebook Live di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Annuar berkata, aktiviti penjualan di taman-taman awam masih tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.

“Dengan pembukaan ini, kita masih tidak benarkan aktiviti secara berkelompok seperti senamrobik, Tai Chi yang menyebabkan kontak rapat.

“Selain itu, aktiviti penjualan juga tidak dibenarkan kerana ia tidak selari dengan garis panduan. Begitu juga ia mesti dikawal selia iaitu pintu masuk dan pintu keluar perlu diasingkan serta mereka yang datang ke taman perlu mengambil suhu badan sebagai satu kawalan,” jelasnya.

 

Sumber – Sinar

 

TERDAHULU (14 Jan 2021)

KUALA LUMPUR – Taman awam di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup untuk aktiviti riadah dan sukan, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, apabila kerajaan mengumumkan aktiviti seperti berbasikal dan berjoging dibenarkan sepanjang 14 hari PKP, ia adalah untuk di sekitar kawasan kejiranan sahaja.

“Taman awam akan ditutup semasa PKP. Tidak akan ada joging atau aktiviti riadah lain di sana kerana kita tidak mahu tempat-tempat ini sesak.

“Saya berharap orang ramai tidak pergi ke taman awam kerana tindakan boleh diambil terhadap mereka oleh pihak berkuasa yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan, ” katanya pada Khamis.

Sehubungan itu, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti riadah mereka di sekitar kawasan kejiranan mereka sahaja.

 

Sumber – Awani

 

Jika dilihat dua kenyataan diatas kelihatan bercanggah yang secara tidak langsung mengelirukan rakyat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*