Isu ‘Macau Scam’ Belum Selesai Menyebabkan Shuib Terpaksa Tutup 4 Cawangan BubbleBee. Ini Lokasi Bubblebee Yang Bakal Ditutup

PENGELUAR produk minuman BubbleBee menamatkan kerjasama dengan semua rakan usahasama yang disiasat pihak berkuasa berhubung kegiatan yang menjejaskan reputasi syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, penamatan kerjasama itu berkuatkuasa serta-merta membabitkan empat cawangan Bubblebee di Ampang, Sungai Buloh, Sentul dan Senawang.

Empat cawangan Bubblebee tutup sementara.

Bubblebee mempunyai 17 cawangan di seluruh negara dan dari jumlah itu, 11 cawangan adalah milik penuh Bubblebee manakala enam lagi dibuka secara usahasama.

“Baru-baru ini tular berita mengenai rakan usahasama kami yang disiasat pihak berkuasa. Perkara itu turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah kami dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.

Ismail berkata, walaupun tidak pasti kedudukan sebenar rakan usahasama ini bersalah atau tidak kerana kes ini masih dalam siasatan, ia tetap memberi kesan kepada jenama Bubblebee.

“Yang jelas, siasatan ke atas rakan usahasama ini mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali.

Malaysiakini - Peguam: Shuib tidak ditahan atau direman

“Sehubungan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan semua rakan yang menguruskan empat cawangan Bubblebee itu,” katanya.

Ismail berkata, empat cawangan itu ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan produk air boba berasaskan madu lebah yang ditubuhkan sejak 2019 ini menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah dan pemasaran.

Sumber : HMETRO ONLINE Via Awatttsyeikhh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*