Isu Gangguan Air. EXCO Selangor Minta Rakyat Henti Salahkan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air akibat pencemaran sungai yang kerap berlaku telah menyebabkan pengguna yang terjejas menyalurkan kemarahan mereka kepada kerajaan negeri Selangor.

Namun begitu, Exco kerajaan negeri, Hee Loy Sian meminta orang ramai supaya mengutuk orang yang mencemarkan sungai dan bukannya kerajaan negeri.

Ketika dihubungi China Press, Loy Sian juga memberitahu, orang ramai yang berjaya mendedahkan identiti orang yang mencemarkan sungai akan diberi ganjaran RM20,000.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang berkata, kerajaan negeri akan menjadi sasaran dan dimarah setiap kali berlaku pencemaran sungai.

Menurutnya, kerajaan tidak menolak kemungkinan pencemaran yang kerap berlaku adalah perbuatan yang disengajakan dan pihak pengurusan air berkaitan juga telah membuat laporan polis.

Katanya, kerajaan Selangor juga telah mengaturkan rondaan oleh pihak berkuasa selama 24 jam, tetapi usaha itu tidak menjamin bahawa setiap pesalah akan berjaya ditahan.

Sejak September, Sungai Gong, Sungai Semenyih dan Sungai Selangor telah mengalami pencemaran secara berturut-turut dan keadaan itu menyebabkan ramai pengguna di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan.

 

Sumber – MalaysiaGazette

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*