INNALILLAH! Pemuda Ini Kepenatan Lalu Terjatuh Dari Perahu Dan Lemas Sewaktu Selamatkan Mangsa Banjir. Besar Pengorbanan Beliau

KUALA KRAI: Kepenatan membantu mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) menyebabkan seorang lelaki ditemukan lemas selepas dia pengsan dan terjatuh dari perahu di Kampung Manjor, Kuala Krai, pada Rabu malam.
Jasad Mohammad Hakimin Rahim, 20, dijumpai pada 8.30 pagi Khamis oleh ahli keluarganya di dasar sungai di tempatnya dilaporkan terjatuh dari perahu.
Mangsa dikatakan terlalu kepenatan sebelum tiba-tiba pengsan pada jam lebih kurang 10 malam ketika berdayung perahu membawa dua penumpang ke PPS berdekatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwab Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.07 malam.
Katanya, seramai lima anggota ditugaskan ke tempat kejadian bagi menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR)
“Kita menghentikan SAR pada jam 12.31 tengah malam tadi berikutan keadaan gelap selain hujan serta air mula melimpah di kawasan rendah.
“Operasi sepatutnya bersambung pagi ini, namun kami dimaklumkan bahawa mayat mangsa sudah dijumpai oleh ahli keluarganya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dipercayai terjatuh akibat kepenatan selain mengalami kekejangan berikutan cuaca sejuk ketika membantu penduduk kampung sejak awal pagi hingga malam.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya.
Sumber – Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*