Ini Reaksi Berlagak Datuk Addy Kana Setelah PDRM Sahkan Beliau Tak Terlibat Dalam Macau Scam

Sebelum ini viral apabila Andy Kanna didakwa merupakan ketua sc4mmer terbesar di Malaysia. Pihak Suruhanjaya Pencegahan Ras-uah Malaysia (SPRM) turut memanggil beberapa individu termasuk artis untuk membantu siasatan berhubung sindiket Macau Scam.Media juga sebelum ini melaporkan Pihak polis mengesahkan Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

Bukan Macau Scam

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, siasatan mendapati dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna dan Goh Leong Yeong berperanan sebagai koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet.

Pusat panggilan yang beroperasi di unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan operasi harian dengan menyasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang serta tuntutan barang seperti scam.

Dakwaan pihak tertentu yang menganggap kegiatan penipuan dalam talian di negara ini membabitkan dua individu itu adalah tidak tepat.

Tambahnya lagi, dakwaan pihak tertentu mengaitkan kegiatan penipuan dalam talian di negara ini dengan dua individu terbabit adalah tidak tepat. Ini kerana, katanya, kegiatan penipuan dalam negara dilakukan oleh sindiket penipuan lain.

[DIKEMASKINI] Addy Kanna, Leong Yeong ejen Macau Scam: PDRM

[DIKEMASKINI] Polis mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan kepada sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat China.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan mendapati, dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong [email protected] diupah untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet di negara ini.

“Pusat panggilan yang beroperasi di unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan operasi harian dengan menyasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang serta tuntutan barang seperti scam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Tidak tepat maklumat

Menurutnya, dakwaan pihak tertentu mengaitkan kegiatan penipuan dalam talian di negara ini dengan dua individu terbabit adalah tidak tepat.

“Kegiatan penipuan dalam negara dilakukan sindiket penipuan lain. Dakwaan pihak tertentu yang menganggap kegiatan penipuan dalam talian di negara ini membabitkan dua individu itu adalah tidak tepat,” katanya.

“Dakwaan mengatakan Addy Kanna akan dibebaskan juga tidak tepat kerana individu itu sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu.

“Kita juga masih mengesan Alvin yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu,” katanya.

Headline berita yang telah di tukar

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbualan telefon melibatkan sindiket penipuan dalam talian oleh seorang lelaki yang mendakwa ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna yang tular sejak minggu lalu.

Menerusi perbualan yang direkod selama 13 minit 34 saat, lelaki itu mendakwa Addy Kanna akan dilepaskan secara mudah disebabkan jaringan hubungan dengan pemimpin politik.

Pada awal perbualan, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang mendakwa mangsa ada membuat penghantaran barang ke sebuah pejabat pos di Sabah.

Bagaimanapun, angsa dapat menghidu taktik lelaki itu yang menipunya dan memberikan butiran peribadi yang tidak tepat sehingga menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan.

Kedua-duanya mula berbual secara baik selepas mangsa meminta maaf kerana memarahi lelaki yang cuba meni-punya secara dalam talian atau Macau Scam.

Lelaki itu turut menjelaskan kegiatan peni-puan yang dijalankan rangkaian mereka menjana pendapatan lumayan sehingga puluhan dan jutaan ringgit kerana sikap mangsa yang tidak berhati-hati.

Sementara itu, Huzir berkata, pihaknya akan mendedahkan butiran kegiatan penip-uan oleh dua individu tersebut dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.

“Sinar yg tukar tajuk lepas kena sound…sebab ramai keliru” tulis seorang netizan

‘Ini Malaysia’- Dato Adykana beri respond

Dalam pekembangan terkini, Dato Adykana telah berpesan kepada Iesya Toh untuk tunggu dan lihat sahaja, kerana ini Malaysia. Tidak dapat di pastikan maksud sebenar dari Ady Kana, namun Iesya Toh menimbulan persoalan sama ada maksud Ady adalah beliau dapat membeli undang-undang di Malaysia

Tunggu & lihat sahaja. Ini Malaysia.Pastu letak emoji senyum.Hmmmmmmmmmm…

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*