Ini Jawapan Padu Muhyiddin Selepas UMNO Minta Jawatan TPM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta Umno memperincikan syarat baru mengenai kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyelamatkan gabungan itu.

Langkah itu diambil ketika Umno mendakwa diketepikan dan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, sekali gus boleh menyebabkan kejatuhannya.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, permintaan itu dinyatakan dalam surat Muhyiddin kepada Umno yang dihantar melalui Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin.

“Permintaan tersebut adalah susulan sesi sidang video antara Perdana Menteri dan saya selaku Setiausaha Agung Umno serta Bendahari Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada petang Rabu lalu.

“Pada sesi berkenaan, sebahagian yang dibincangkan merupakan perkara berkaitan syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis berdasarkan keputusan Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi Umno pada Selasa lalu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Ahmad yang ditemui pada Majlis Bantuan kepada Mahasiswa bagi Parlimen Pontian di Benut hari ini, juga ditanya apakah syarat baru itu merupakan satu ‘ugutan politik’.

“Saya hanya mengemukakan fakta bahawa Barisan Nasional (BN) ada nombor yang menunjukkan jumlah Ahli Parlimen terbanyak iaitu 59 kerusi.

“Syarat baharu dibuat selepas Umno meneliti perkembangan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di mana perlu ada perjanjian bertulis,” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata Umno tidak berhasrat untuk memfailkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin, lapor Harian Metro.

Katanya, desakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah agar undi tidak percaya dibuat terhadap Muhyiddin merupakan tindakan peribadi dan Umno tidak terbabit.

Dia juga menafikan Umno berpecah antara kumpulan yang menyokong Muhyiddin dan kumpulan yang ingin membentuk kerajaan baru dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Tidak timbul isu atau dakwaan bahawa Umno telah berpecah seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak,” katanya.

Tajuddin: Umno tuntut jawatan TPM, portfolio penting

Beri Umno jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio penting dalam kabinet, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, Umno sebagai penyumbang kerusi yang banyak dalam Perikatan Nasional (PN) wajar mendapat portfolio yang baik.

Sebaliknya kata Tajuddin, Mohamed Azmin Ali yang menyumbang sembilan kerusi dalam kerajaan PN diberi portfolio baik.

“Sepatutnya jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepada Umno.

“Umno komponen paling besar dalam kerajaan PN sewajarnya diberikan penghargaan, pengiktirafan tetapi malangnya tidak begitu.

“Macam Azmin dan kawan-kawan, dia sumbangkan lebih kurang sembilan sahaja kerusi berbanding dengan Umno,” katanya kepada media di ibu negara hari ini.

Krisis dalam PN bermula apabila Umno menyatakan hasratnya untuk mempertimbangkan semula sokongan parti itu kepada kerajaan PN.

Mesyuarat biro politik Umno Selasa lalu, membuat pertimbangan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN sekiranya syarat mereka tidak dipenuhi.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan pada sidang media selepas mesyuarat biro politik parti itu.

Umno juga mahu mengemukakan syarat serta perjanjian secara bertulis baru bagi menyokong kerajaan PN.

Dalam pada itu Tajuddin berkata, ia bukan soal perubatan jawatan, namun Umno perlu diberi jawatan yang sewajarnya dalam kerajaan.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, ia bukan perebutan jawatan tetapi jawatan itu adalah perkara penting.

“Bukan kerana pangkat tetapi kerana kedudukan itu memberikan platform kepada kita sebagai parti untuk berkhidmat yang memenuhi kehendak rakyat.

“Kalau jadi parti tak boleh bela rakyat apa makna, ‘terkonteng-konteng’ macam parti Berjasa apa dia boleh buat? Parti Perjuang? Apa dia boleh juang?” katanya.

Anwar hadir beri keterangan di Bukit Aman

Presiden PKR Anwar Ibrahim hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini berhubung siasatan mengenai dakwaan mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ, DCP Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan bahawa anggota parlimen Port Dickson masuk ke ibu pejabat polis melalui pintu belakang pada jam 3 petang sebentar tadi.

Difahamkan peguamnya yang juga merupakan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh turut hadir.

Pengamal media dilihat menunggu ketibaan Anwar sejak jam 2.00 petang tadi.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed mengesahkan ahli parlimen Port Dickson itu diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Jelasnya, si-asatan kes telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Kese-ksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini, sebanyak enam laporan polis telah diterima dan PDRM masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkenaan da-kwaan yang tersebar luas di media massa sejak kebelakangan ini,” katanya Huzir.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan d-enda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, atas penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Manakala Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (menyebabkan keta-kutan atau kege-ntaran awam) yang memperuntukkan hukuman pe-njara sampai dua tahun atau de-nda atau kedua-duanya sekali.

Khairy Nafi Sebahagian Daripada Senarai Sokong Anwar

Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini menafikan bahawa dia adalah salah seorang Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Khairy berkata demikian dalam satu wawancara bersama radio BFM pagi ini.

Agong Titah Pemimpin Bermuhasabah, Jangan Ulangi Kancah Politik Tak Mene-ntu

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua rakyat khususnya ahli politik supaya bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak men-entu.

Ini lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik Covid-19 yang menyaksikan rakyat terus berdepan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar.

 

Sumber – Trending Sangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*