Ini Bukan Negara China! BERJASA Minta SPRM Tutup Portal Berbahasa Mandarin

DESAK SPRM TUTUP LAMAN PORTAL BAHASA MANDARIN

1.Hari ini saya dimaklumkan bahawa SPRM melancarkan portal berbahasa Mandarin demi memenuhi keperluan masyarakat Cina di Malaysia.

2.Saya menganggap ini adalah satu penghinaan terhadap identiti nasional watan kita. Selepas 63 tahun kita merdeka, dan berpuluh generasi berlalu adakah kita masih lagi mahu bersikap ‘tak apa’ dalam situasi ini ?

3.Sepatutnya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dikompromi. Cantik di atas kertas kita ada Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 152, kita ada Dasar Bahasa Kebangsaan, kita ada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Adakah ini hanya di atas kertas semata?

4.Apa punca sehingga kita masih lagi berdepan dengan situasi sebegini rupa ? Bukan sekadar masyarakat Cina marhaen sahaja malah sehingga ke Ahli Parlimen yang dipilih rakyat pun masih gagal berbahasa kebangsaan dengan baik. Ini adalah amat memalukan bagi sebuah negara berdaulat.

5.Saya ingin mengajak semua untuk lihat semula akar permasalahan dalam isu bahasa kebangsaan ini. Antara salah satu faktornya adalah kerana kita masih lagi terbelenggu dengan sistem vernakular. Dari kecil hinggalah keperingkat universiti.

6.Kita baru sahaja menyambut Hari Malaysia ke 57 beberapa hari yang lalu. Sepatutnya kita yang mengaku sebagai warganegara Malaysia, menerima secara total bahawa kita perlukan sebuah identiti nasional yang satu untuk memastikan perpaduan dan keharmonian semua rakyat Malaysia.

7.Saya mendesak agar pihak SPRM boleh menutup laman portal ini dengan segera. Kembalilah kepada asas Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan pemerintah tidak seharusnya membenarkan ini berlaku sama sekali.

Sumber – berjasa.org.my

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*