Industri Penerbangan Terjejas Teruk, CEO AirAsia Kini Buat ‘Food Delivery’ Pulak

KUALA LUMPUR: Beliau mungkin dikenali sebagai ahli perniagaan berjaya, terutamanya taikun dalam industri penerbangan namun tidak langsung kekok menjadi penghantar makanan.
Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada Khamis berkongsi sisi lain dirinya yang mungkin tidak begitu biasa dilihat sebelum ini.
Menerusi laman Instagram beliau, Tony berkongsikan gambarnya yang memakai baju-T berwarna putih, berdiri bersebelahan motosikal perkhidmatan penghantar makanan.
Getting ready to make food deliveries to your house. (Bersiap sedia untuk menghantar makanan ke rumah anda.)” tulisnya dalam status tersebut.
Beliau turut berkongsikan gambar beg makanan tersebut yang tertulis ‘airasia.com/food’, antara perkhidmatan terbaru disediakan AirAsia untuk pelanggan.
Status tersebut mendapat respons positif warganet dan setakat artikel ini ditulis, status tersebut sudah mendapat lebih 7,000 tanda suka dan hampir 200 komen.
Industri penerbangan antara yang menerima kesan paling buruk akibat COVID-19.
Beberapa syarikat baik di dalam mahupun luar negara terpaksa mengecilkan operasi dan memberhentikan ribuan pekerja kerana tidak mampu menanggung kos operasi harian.
Keputusan banyak negara menutup sempadan negara memburukkan lagi keadaan.
Sumber-Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*