Individu Kelantan Baru Pulang Dari Kundasang Disahkan Positif! Ini Penjelasan JKNK…

Jabatan Kesihatan negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan seorang individu yang didapati positif Covid-19 merupakan individu yang baru pulang bercuti di Kundasang, Sabah.

Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, kes tersebut dikesan semasa saringan terhadap individu dari kawasan berisiko (Sabah) yang dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, kes ini membabitkan seorang lelaki, warganegara Malaysia berusia 49 tahun yang mempunyai sejarah bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah pada 19 hingga 22 Sept lalu.

“Kes tidak mempunyai gejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 23 September (semalam),” katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Sehubungan itu tambahnya, seramai 48 kontak rapat telah dikenal pasti termasuk kontak dalam kalangan keluarga, kawan, tempat kerja dan dalam pesawat.

“Kontak-kontak ini adalah dari negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Aktiviti kawalan dan siasatan lanjut punca jangkitan sedang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu,” jelasnya.

Zaini juga memaklumkan sehingga 24 Sept, sebanyak 161 kes disahkan Covid-19 dikesan di negeri ini termasuk tiga kematian.

“Situasi semasa Covid-19 di Kelantan masih terkawal dan masyarakat diminta supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya sambil mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sangat bahaya ya keadaan sekarang, admin harap hangpa smeul kurangkan berjalan dan duik rumah saja lama

Sumber – Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*