‘Indi4 KeL!ng’, ‘C!n4 B4b!’ – Pemuda PN Buat Laporan Polis, Poster Filem ‘BABI’ Saje Nak Provok Isu Perkauman?

Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee, berkenaan poster filem terbarunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.

Laporan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini, bersama lagi dengan lapan wakil pemuda PN Wilayah Persekutuan.

Azwan berkata laporan polis dibuat kerana poster filem bertajuk ‘BABI’ itu mengandungi perkataan ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’

“Ini adalah satu penghinaan yang sangat kurang ajar, berniat buruk untuk mencetuskan kemarahan kaum. Perkara ini tidak boleh dibiar tanpa sebarang tindakan pihak polis.

“Sudah banyak kali dah dia buat hal. Kenapa perkataan Melayu letak di tengah-tengah poster dan bangsa lain di tepi-tepi saja? Adakah dia nak membuat provokasi terhadap orang Melayu?

“Di dalam poster tersebut juga tertera ayat hinaan ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’ yang saya risau boleh menimbulkan ketegangan kaum dan bangsa di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

 

 

Dia turut meminta pihak polis menyiasat Namewee di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan membawa balik Namewee dari Taiwan.

Selain itu, Azwan menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat secara keseluruhan akaun media sosial Namewee dan kandungan berkaitan filem tersebut daripada diakses oleh rakyat Malaysia melalui Facebook, Youtube dan Instagram miliknya.

Azwan juga ialah Setiausaha Pemuda Negara Titiwangsa dan bekas wartawan hiburan di sebuah stesen televisyen tempatan.

Katanya, walaupun beliau belum lagi menonton filem tersebut tetapi “sebagai seorang yang berkecimpung selama 14 tahun dalam industri hiburan dan media, saya faham apa yang cuba ditonjol olehnya.”

“Maka laporan saya berkenaan poster dahulu kerana ini secara jelas dan nyata adalah satu penghinaan dan provokasi terhadap orang melayu,” ulasnya.

Dia turut berpandangan bahawa perkataan yang melibatkan bangsa tidak sepatut ditulis dalam poster dan sebaliknya boleh menciptakan nama watak bagi menyampaikan cerita walaupun ia berkisah benar.

‘Finas jangan lulus tayangan’

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah pula menggesa semua pemuda untuk membuat laporan polis terhadap Namewee dalam ciapan Facebooknya semalam.

“Saya harap pemuda-pemuda, ayuh bangkit dan jangan kasi lagi beliau peluang,” katanya.

Dia juga menuntut supaya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) “jangan beri kelulusan” kepada tayangan filem tersebut di Malaysia.

Sepuluh tahun lalu, Armand yang juga bekas ketua pemuda Perkasa juga pernah melakukan protes terhadap Namewee atas klip video kontroversi “Negarakuku”.

 

Walau bagaimanapun, menurut laporan media, Namewee (gambar, atas) mengakui bahawa filemnya terlalu kontroversi dan tidak mungkin dapat ditayang di Malaysia.

Maka dia mengambil keputusan untuk tidak mengemukakan permohonan kelulusan tayangan filemnya tetapi sebaliknya mendaftar filemnya dalam festival di luar negara.

Kini, ‘Babi’ telah tercalon dalam empat festival filem antarabangsa, iaitu Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).

Filem ini bakal ditayang di Taiwan mulai 20 November dan mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan dan rusuhan kaum yang berlaku di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia pada tahun 2000.

Pagi ini, Namewee mempertahankan filemnya menerusi satu hantaran di Facebook, berkata karya garapannya mempromosikan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Dia membidas pihak-pihak yang memainkan sentimen kaum dan mempolitikkan filemnya.

“Mereka tidak menonton filem tersebut dan sama sekali tidak mengetahui isu kandungan, moral, serta mesej yang ingin disampaikan dalam filem tersebut, tetapi mereka membuat komen dengan membuta-tuli tanpa fakta bahkan membuat laporan polis.

“Orang-orang ini adalah ekstremis sejati,” ulasnya.

Dia turut kesal dengan individu yang “termakan” taktik serta diperguna oleh orang-orang yang memakinya.

“Lebih sayang sekali terdapat sebilangan individu yang termakan oleh taktik mereka serta dipergunakan oleh mereka. Saya merasa sangat sedih.

“Walau apa pun, tahniah kepada Malaysia kerana filem ini adalah kebanggaan Malaysia! Kami akhirnya berada di pentas antarabangsa! Malaysia Boleh!” tambahnya.

Sumber-Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*