Inalillah! Sorang Lagi Frontliner M4ut Ketika Sedang Bertugas. Ini Lokasi Kejadian Tersebut

KUALA PILAH – Seorang anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah akibat kecederaan parah selepas terbabit kemalangan, jam 9.50 malam tadi.

Terdahulu, Lans Koperal Muhammad Hamidi Fikri Mohd Safry, 23, yang juga anggota pasukan Op Covid-19 dalam perjalanan ke IPD Kuala Pilah dengan menunggang Yamaha 125Z.

Tiba di Kilometer 2, Jalan Melang, berhampiran dengan lampu isyarat HTAN, dia terbabit kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, pemandu Toyota Avanza yang juga lelaki berusia 47 tahun selamat.

“Hasil siasatan awal, pemandu Toyota Avanza dalam perjalanan dari Terachi menghala ke HTAN.

“Sebaik tiba di lampu isyarat dekat simpang hospital, pemandu Toyota Avanza itu memberikan laluan kepada sebuah ambulans yang berada di belakangnya sebelum terus membelok ke hospital,” katanya dihubungi.

Menurut Amran, pada masa sama, mangsa dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu terlanggar Toyota Avanza terbabit.

“Akibatnya, mangsa parah di perut dan dada. Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam ketika dirawat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Amran berkata, Allahyarham yang mula bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada September 2016 akan dikebumikan di kampung halamannya di Bachok, Kelantan.

“Sepanjang bertugas di IPD Kuala Pilah, Allahyarham menunjukkan prestasi kerja yang baik, seorang yang bertanggungjawab dan komited dengan penugasan yang dilakukan selain berdisplin serta berintegriti.

“Allahyarham juga sentiasa menghormati penyelia dan pegawai di semua peringkat malah disenangi rakan sekerja,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*