Inalillah, Akibat Kemurungan Disebabkan Positif Covid-19, Seorang Warga Emas Kelar Leher Sendiri

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas yang mengalami kemurungan selepas disahkan positif COVID-19 ditemui mati di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, mangsa berusia 66 tahun itu membuat dua ujian saringan COVID-19 pada 7 serta 18 Januari dan kedua-duanya didapati positif.

“Mangsa dilaporkan telah membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan COVID-19 dan mengajak isterinya ke bank untuk memindahkan wang sebanyak RM40,000 untuk tujuan rawatan COVID-19, pada Jumaat.

“Menurut isterinya, mangsa kerap mengadu kesakitan dan berada dalam keadaan murung apabila disahkan positif COVID-19, malah sering berkata lebih baik mati daripada sakit seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Razali berkata siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan polis percaya lelaki itu membunuh diri.

“Dia telah didapati maut akibat kesan kelar pada tengkuk dengan pisau masih berada di sebelahnya.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) ,” ujar beliau.

Orang ramai di negara ini dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.

Panggilan adalah percuma.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*