Ibu Tunggal Dibuang Kerja, Sekarang Jual Nasi Lemak Kena Tolak Troli Sejauh 5 km. Namun Semuanya Berubah Apabila Annuar Musa Jumpa Beliau

” Nasi lemak miss? Hanya RM2 saja”

Begitulah gaya Mary, 45, setiap kali menghampiri pelanggan untuk menjual nasi lemaknya.

Sejak dua bulan lalu, ibu tunggal ini akan menolak troli sejauh lima kilometer sehari untuk menjaja nasi lemak dan bihun goreng.

Inisiatif itu dilakukan Mary atau nama sebenarnya C Mariamah, selepas diberhentikan kerja sebagai tukang cuci ekoran pndemik COVlD-19 pada September lalu.

Mahu tidak mahu, ibu kepada tiga anak perempuan itu perlu terus menyara keluarga dengan apa cara sekali pun walaupun terpaksa membanting tulang empat kerat.

” Saya gunakan troli pasar untuk menjaja makanan sejak dua bulan lalu dengan pendapatan sekitar RM50 sehari.

” Hasil pendapatan itu, saya membayar sewa rumah RM700 sebulan selain anak yang masih belajar,” katanya

Mariamma atau lebih mesra dipanggil Mary, hilang pekerjaan sebagai pencuci pejabat di awal penularan pandemik COVlD-19 lagi. Apa yang memburukkan keadaan, syarikat tersebut terpaksa ditutup.

Meneruskan kehidupan, Mary mula berniaga buah potong di sebuah restoran mamak berdekatan namun, pulangan yang tidak seberapa agak berat buat ibu tunggal ini untuk menyara anak-anak dan ibu yang tinggal bersama.

” Saya kemudian mencari kerja sebagai tukang cuci pejabat di banyak tempat tetapi tiada satu pun yang berjaya atas alasan pndemik COVlD-19.

” Kemudian, ibu saya memberi idea untuk memulakan perniagaan sendiri. Kemudian saya terfikir untuk menjual nasi lemak dan di situlah saya bermula,” ujarnya yang tinggal di rumah pangsa Jalan Jugra.

Bangun seawal 3 pagi siapkan nasi lemak

” Apabila memulakan perniagaan tiga bulan lalu, saya menjual 29 paket nasi lemak dan 10 paket mee hoon goreng setiap hari. Selepas itu ia meningkat kepada 40 paket nasi lemak setiap hari.

” Pelanggan sukakan sambal saya, malah ada yang turut membantu dengan menyiarkan tentang kelazatan nasi lemak saya di media sosial menjadikan lebih banyak pesanan saya terima,” ujarnya.

” Rakan-rakan dan pelanggan saya selalu berkata, mereka tidak pernah melihat orang menjual nasi lemak dalam troli dan sayalah orang yang pertama,” ujar Mary sambil ketawa kecil.

Menurut Mary, jika bernasib baik, dia boleh mendapat sehingga RM80 dari jualan paginya.

Tetapi ibu tunggal ini tidak berhenti di situ, setelah kembali ke rumah dan membersihkan diri dia kemudian akan ke restoran mamak berdekatan untuk menjual buah potongnya pula sehingga jam 5 petang.

Mary memberitahu media ketika ditemui selepas majlis penyerahan gerai penjaja bergerak oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di Jalan Desa Utama, di sini, hari ini.

Dapat tahu kisah Mary melalui Twitter, Annuar Musa turun padang beri sumbangan

Sumbangan disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bersama Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Zaizalnizam Zainun.

Pada majlis itu, Mariamah menerima gerai penjaja bergerak selain lesen penjaja sementara waktu terhad dan bantuan sewa rumah di Projek Perumahan Rakyat Seri Cempaka.

Mariamah berkata, dia berterima kasih kepada YWP dan Menteri Wilayah Persekutuan yang sanggup turun padang dan membantu dia menaik taraf kehidupan sebagai penjaja makanan.

” Sumbangan ini besar maknanya kepada kami sekeluarga dan saya berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk berniaga bagi menampung kehidupan.

” Selepas ini saya akan berniaga di bahu jalan utama ini dan diharap orang ramai terus memberikan sokongan,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, kesusahan dihadapi Mariamah diketahui menerusi Twitter seterusnya YWP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif membantunya.

” Kami mahu rakyat di Wilayah Persekutuan dapat hidup dengan selesa dan dalam suasana ekonomi yang mencabar ini, kita akan permudahkan urusan permohonan lesen untuk mereka berniaga,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*