Ibu Sarat Mengandung Anak Sulung M4ut Dalam Keadaan Mengerikan. Sempat Update Status Gembira Dapat Jalan Sebelum Kem4langan

Permaisuri: Ibu hamil tujuh bulan maut selepas kenderaan dinaikinya melanggar pokok di Kampung Bari Kecil, jam 2.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, Nurul Surianie Zahazani, 25, bersama suaminya, Muhammad Shafiq Shahrizan Mazlan, 25, yang memandu Proton Wira dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kampung Mangkok, Penarik, Setiu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pokok.

“Kaunter aduan trafik Setiu menerima panggilan jam 2.50 pagi memaklumkan kejadian maut itu berlaku di Kilometer (KM) 55 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Kampung Bari Kecil.

“Pemandu dan penumpang dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut. Pada jam 4.10 pagi, Hospital Setiu memaklumkan penumpang meninggal dunia dan pemandu yang mengalami kecederaan di kepala dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Afandi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Sementara itu, rakan Allahyarham yang enggan namanya disiarkan berkata, Nurul Surianie sempat memuat naik status di WhatsApp meluahkan rasa gembira dapat bersiar-siar di Kuala Terengganu dari pagi hingga malam walaupun sarat mengandung anak sulung.

“Arwah berkahwin pada Ogos tahun lalu dan dia seorang sahabat yang baik, cepat mesra dengan sesiapa saja.

“Dia menjalankan perniagaan dalam talian secara sambilan, juga seorang yang tidak pernah berputus asa,” katanya.

Sumber – hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*