Ibu Muda Resah Terpaksa Ambil SPM Sambil Jaga Anak

Zaman sekarang, usia masih bawah umur tetapi sudah ramai budak sekolah yang agak berani lafazkan kata-kata cinta pada pasangan sebaya.

Malah sudah ada yang sudah sampai ke tahap ‘merancang’ untuk berkahwin dan bertindak lebih berani lari dari rumah jika mak ayah melarang perkahwinan tersebut kerana mahu anak-anak tumpu pada pelajaran dahulu.

Bagi seorang ibu bernama Nor Syadira, 17, dia bersyukur dikurniakan anak pada usia yang muda dan memberitahu kahwin muda tidaklah serumit yang disangka.

Nor Syadira melahirkan zuriat pertamanya pada 7 Jun 2020 yang kemudiannya diberi nama Naira Aleena.

Mengimbas kembali kelahiran bermakna tersebut, dia sendiri tidak menyangka merasai momen mengandung seawal ini.

Menurut Nor Syadira, walaupun bergelar ibu di usia muda, dia tidak sesekali mengabaikan pelajaran dan masih bersekolah sehingga kini.

Dalam satu video yang dimuat naik di Toktok, ibu muda ini lengkap berpakaian seragam sekolah memaklumkan dirinya bakal menduduki peperiksaan SPM awal tahun depan.

Sementara itu, rata-rata netizen memberikan pendapat dan juga yang meluahkan rasa kagum dengan semangat yang tidak putus asa dalam urusan pendidikan walaupun sudah berkahwin.

Kepayahan berkahwin pada usia muda memang tak disangkal, tambahan pula kedua-duanya masih berdarah muda.

Apapun, binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.

Sumber : TikTok syadiranor

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*