Hin4 N4bi [email protected], Suri Rumah Didenda RM2,000!

Di Kuala Lumpur, Seorang suri rumah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya, Februari lalu.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Fadilah Hamid, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan ibu kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook ‘Fadhilah Abdulhamid’ dengan niat untuk menganiayai orang lain dan kenyataan tersebut telah dibaca di laman profil Facebook ‘Fadhilah Abdulhamid’ di Apartment Seri Ceria, Jalan Jalil Indah Pinggiran Bukit Jalil, Cheras di sini, kira-kira 9.14 pagi pada 19 Februari tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.

Peguam, Nurul Fitriza Abd Latif yang mewakili Fadilah memohon hukuman bon berkelakuan baik atau hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit kemurungan dan ‘autism spectrum disorder’.

“Menurut laporan perubatan forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak, OKS didapati mempunyai gejala penyakit ‘autism spectrum disorder’ sejak kecil, iaitu terdapat permasalahan berterusan dalam fungsi komunikasi sosial dan interaksi sosial serta mempunyai corak tingkah laku dan minat yang terhad dan berulang-ulang.

“Anak guam saya juga mengalami gejala kemurungan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang yang mana OKS mempunyai perasaan sedih, sukar untuk tidur dan gemar mengasingkan diri. OKS juga ada menerima rawatan susulan di Klinik Psikiatri di Hospital Kajang sebagai pesakit luar hingga kini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syahieza Md Hadzaid bagaimanapun memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap OKS dan masyarakat supaya lebih berhati-hati serta sensitif dengan status di media sosial.

“Mengambil kira laporan perubatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. OKS didapati sihat untuk menjalani perbicaraan dan secara sedar semasa melakukan hantaran itu. Oleh itu, hukuman bon berkelakuan baik adalah tidak mencukupi,” katanya. – Bernama

 

Sumber – Awani

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*