Hampir Setahun Bertarung Menentang Covid-19, DG Noor Hisham Akui Alami Tekanan Mental Dan Fizikal

PUTRAJAYA – Memasuki sepuluh bulan berperang dengan pandemik Covid-19, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beliau juga pernah mengalami tekanan kesihatan.
Pada sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, beliau juga dihimpit dengan tekanan sehingga menyukarkannya untuk tidur pada waktu malam.
“Memang (ada tekanan mental) kalau kita lihat dalam tempoh kelesuan mental dan fizikal bukan hanya mereka di lapangan, di Kementerian Kesihatan pun ada kelesuan dari segi mental dan fizikal.
“Ini adalah kerana kita telah berperang tanpa berhenti untuk tempoh 10 bulan, tidak ada cuti dan setiap hari kita ada mesyuarat, juga ada tindakan setiap lapisan warga kerja KKM menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan mungkin ada yang terkesan iaitu tekanan yang tinggi dan sebagainya termasuk Ketua Pengarah Kesihatan juga mengalami tekanan yang amat tinggi.
Sumber – Tun Carlos

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*