Hampir 2 Tahun, Oyen Masih Tunggu Di Kubvr Arwah Sejak Dari Hari Pertama. Arw4h pun Bukan Calang-Calang Orang

Kasih seekor ‘Oyen’ yang tetap setia di kubur arwah tuannya yang telah meningg4l dunia menyentuh perasaan ramai. Lebih meruntun hati, kucing tersebut tidak pernah jemu ‘menjenguk’ ‘tuannya dari hari pertama arwah pergi sehingga dua tahun pemergiannya.

Menerusi perkongsian oleh Hazlynn Nozi di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Group), kucing oyen yang diberi nama Nana itu adalah kepunyaan arwah abahnya.

Menurut Hazlynn, setiap kali mereka sekeluarga menziarahi kubvr arw4h, Nana mesti ada menemani mereka. Malah, Nana akan berulang setiap hari melepaskan rindu pada tuan di kubvr berkenaan yang terletak berdekatan rumah mereka. Sebak! Moga arw4h ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

The Oyen. Jantan tapi nama Nana.

Dua tahun lebih pemergian arwah Abah, masih setia. Dari tanah kubur merah dan basah sehingga hari ini. Al-fatihah buat arwah Abah.

Gambar hari pertama. Dia lagi awal dari anak-anak abah..

 

Setiap kali ziarah Abah, Nana mesti ada..

Tiap-tiap pagi Nana balik rumah mesti kaki basah kena embun, baru balik dari kubur Abah..

Kubur ni belakang masjid, dan masjid tu sebelah rumah kami. Tiap pagi balik rumah untuk mintak makanan kaki basah-basah kena embun, baru balik dari kubur.

Semoga terus menjadi pengajaran buat kita semua, berbuat baiklah walau pada seekor kucing.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen, turut meluahkan rasa sayu mereka. Ramai yang bersedih melihat kesetiaan seekor binatang terhadap tuannya seolah mengerti apa yang berlaku.

Sungguh mulia tuannya menjaga dia

Ya Allah, terharunya..

Betapa sayangnya Nana pada arwah

Sumber: Hazlynn Nozi via Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Group) via TTK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*