Hajat Nak Runtuhkan Kerajaan PN Muhyiddin Gagal, Belanjawan 2021 LULUS!

 KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini selepas bacaan kali ketiga diputuskan menerusi undi belah bahagian menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan satu tidak hadir.

Dengan itu, rancangan kumpulan tertentu untuk menolak RUU itu sekali gus mungkin membuka jalan kepada runtuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak berjaya. Dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau “P” dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021.

“Yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 26 Tahun 2020, adalah diuntukkan di bawah maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai berkenaan,” katanya.

Azhar yang mendengar dengan tekun perkara itu kemudian mengumumkan RUU Perbekalan 2021 diluluskan selepas mendapat persetujuan dalam kalangan majoriti Ahli Parlimen.

“Maka, usul RUU Perbekalan 2021 ini disetujukan,” katanya disahut dentuman meja oleh penyokong kerajaan.

Terdahulu, sidang ditempohkan selama 10 minit sebelum undian belah bahagian bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 dimaklumkan kepada Dewan Rakyat, seperti dicadangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

‘Ujian’ berkenaan berjaya diharungi apabila keputusan undian memihak kepada kerajaan, dengan 111 Ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir.

Difahamkan Ahli Parlimen yang tidak hadir adalah Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Sementara itu, Ahli Parlimen Tapah yang juga Menteri Sumber Manusia M Saravanan serta P Prabakaran (PH-Batu) mengundi dari Galeri Awam kerana masih dalam kuarantin COVID-19.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, memerintahkan undian belah bahagian bagi RUU Perbekalan 2021 dimaklumkan kepada sidang, selepas Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) mengemukakan permohonan mengikut Peraturan Mesyuarat 46.

Mohd Rashid kemudian akur dengan permintaan untuk mengadakan undian belah bahagian selepas ia disokong 15 Ahli Parlimen, seperti prasyarat yang ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat 46.

Sumber – bharian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*