Habislah Muhyiddin, TERKINI Lima Lagi Ahli Parlimen Hantar Surat Mohon Usul Tak Percaya

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Lima lagi ahli Parlimen termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesi sidang Parlimen akan datang.

Selain Dr Mahathir, empat ahli Parlimen lagi ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Salleh.

Mereka semua menghantar surat bertarikh semalam iaitu 15 Oktober 2020 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagi meminta izin Majlis untuk membawa satu usul dan mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin selaku Ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

 Ku Li mahu usul undi tidak percaya dibahaskan
Sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li telah menghantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 25 September lalu, menggesa agar usul tidak percaya yang dikemukakan dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai satu keutamaan pada persidangan akan datang.

Menerusi surat yang sama, beliau mendakwa Muhyiddin sebanyak dua kali enggan membenarkan usul itu dibahaskan dengan cara menyenarai di penghujung senarai perbahasan.
Dengan itu katanya, perbahasan terhadap usul terhalang, di samping pengundian terhadapnya tidak dapat dilaksanakan oleh Dewan Rakyat.

 

Sumber – Sinarharian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*