Habislah Ibu Neelofa Bakal Dibomoh Oleh Orang Siam. Rakyat Thai Dah Marah Pasal Isu Harimau Menangis

Berikutan kisah tular harimau menangis okeh ibu Neelofa, Nor Kartini..

Beliau telah pun memohon maaf dan telah menarik balik permohonan trademark di Myipo..

 

Namun, apa yang menarik perhatian adalah tweet gurauan dari seorang pengguna twitter yang bernama @AzliAdzif :

 

“Habisla kartini rakyat Thai dah marah, bomoh siam is coming at youuu”

Hal ini berikutan seorang pengguna fb bernama Ball Sathapat (warga Thailand) yang memberi komen tentang isu ni, semua org tahu menu ini berasal daripada negara thailand..

Namun, tiada reaksi apa-apa pun dari Kaetini tentang isu ini

 

TERDAHULU

Kuala Lumpur: Selepas dikritik ramai pihak, pemilik syarikat Noor Khan Enterprise, Noor Kartini Noor Mohamed membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’.

Noor Kartini yang juga ibu selebriti terkenal Neelofa berkata, permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat.

“Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan terjadi dan berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.

“Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan ‘trademark’ nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

“Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Noor Kartini berkata, dia tiada niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa.

“Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT.

“Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Dakwaan usahawan itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin tampil menjelaskan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’ masih di peringkat pemeriksaan.

“Jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau,” katanya.

Mohd Roslan memaklumkan permohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lalu.

 

SUmber – Hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*