Fazura Dan Fattah Amin Dedah Nama Puteri Sulong Mereka. Simple Dan Cantik Nama Tersebut Bikin Netizen Suka

SELEPAS tujuh hari melahirkan cahaya mata pertama, pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura berkongsi nama penuh anak perempuan mereka iaitu Nur Fatima Aisya Abdul Fattah.

Fattah dan isterinya berkongsi perkara tersebut menerusi akaun instagram Fattzuralovelife dengan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka sekeluarga.

“Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020. Nama saya ialah Nur Fatima Aisya Abdul Fattah.

Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

FATTAH, FAZURA

PELAKON

“Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi daddy and mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial. Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima.

“Fatima syukur sangat pada makcik and pakcik semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila daddy dan mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah… love, Fatima,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut turut memuat naik rakaman pendek Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 37, sedang mendukung puteri sulungnya itu.

Fattah dan Fazura kongsi rakaman pendek bersama puteri sulung mereka.

Bagaimanapun, pasangan selebriti terkenal itu tidak memaparkan wajah penuh anak mereka.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan dan doa daripada netizen yang turut memuji wajah comel cahaya mata sulung pasangan itu.

Sebelum ini, pasangan gandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella itu mengumumkan kelahiran bayi pertama mereka menerusi laman Instagram pada 2 Oktober lalu.

Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.

Sumber: MSTAR via Tehtarikkaw

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*