GEMPAR! MP Sahkan Anwar Bakal Letak Jawatan Ketua Pembangkang Jika Terbukti Takde Majoriti

PUTRAJAYA, 7 Nov -- KKetua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunggu di perkarangan mahkamah bagi mendengar rayuan terakhir terhadap sabitan meliwat dan hukuman penjara lima tahun, yang memasuki hari kelapan di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di sini, hari ini. Pada 7 Mac lepas, Anwar telah disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dikenakan hukuman penjara lima tahun. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Presiden PKR Anwar Ibrahim berjanji untuk melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) jika gagal membuktikan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat kata empat ahli parlimen.

Bercakap kepada Malaysiakini, mereka yang enggan didedahkan identiti masing-masing terdiri daripada wakil PKR dan DAP.

“Betul, betul. (Anwar) maklumkan kepada kami pada Khamis,” kata seorang ahli parlimen PKR.

Menurutnya, ikrar itu dilafazkan Anwar semasa pertemuan ahli parlimen pembangkang dengannya selepas Belanjawan 2021 diterima pada bacaan kedua di peringkat dasar Dewan Rakyat.

Ahli parlimen Port Dickson itu mengejutkan orang ramai selepas dimaklumkan memberi arahan agar wakil pembangkang tidak cuba menguji Belanjawan 2021 melalui undian secara blok.

Berbeza daripada undian suara – yang ditentukan speaker melalui kumpulan mana yang lebih lantang – undian secara blok dikira melalui sokongan yang diberikan setiap ahli parlimen yang hadir.

Ia juga akan mendedahkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sama ada masih memiliki sokongan majoriti di parlimen atau sebaliknya.

Kebanyakan ahli parlimen pembangkang patuh kepada arahan Anwar namun mereka kemudian mempersoalkan pendirian tersebut dalam pertemuan yang diadakan selepas itu.

Untuk rekod semalam satu surat didakwa kononnya dikeluarkan pejabat Anwar menjadi tular. Ia berisi kenyataan didakwa janji pemimpin itu untuk meletak jawatan jika gagal membuktikan sokongan yang diterimanya.

Bagaimanapun surat itu kemudian disahkan palsu dan pejabat Anwar tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Di sebalik pengesahan itu beberapa ahli parlimen memberitahu Anwar memang ada berkata demikian.

Kata mereka, Anwar meminta tempoh seminggu untuk membuktikan sokongan yang ada padanya sekali gus memungkinkan kerajaan Perikatan Nasional dijatuhkan.

Jika gagal, mereka mendakwa, Anwar berjanji akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PH.

Belanjawan 2021 akan melalui bacaan kali ketika minggu depan. Di peringkat jawatankuasa ia sekali lagi akan diuji melalui undian mengikut kementerian.

 

 

sumber – mkini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*