Gelar Dirinya ‘Panglima Perang’, Bung Mokhtar Tawar Diri Jadi Orang Pertama Gunakan Vaksin Covid-19. Seandainya Gagal, Biarlah Beliau Yang Gagal Dahulu

 Berita mengenai kejayaan vaksin COVID-19 yang menunjukkan keberkesanan 90 peratus ternyata membawa harapan baharu buat rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

Bagaimanapun, perkara itu menjadi pertikaian netizen mengenai keberkesanan vaksin tersbeut sehingga ada yang meminta para menteri yang menjadi orang pertama mencubanya terlebih dahulu.

Terbaru, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menawarkan diri menjadi bahan uji vaksin COVID-19.

 

Menggelarkan dirinya sebagai ‘panglima perang’, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau menyatakan kesediaan berkenaan kerana ada pihak yang mempertikai tahap keselamatan vaksin tersebut.

Perkara itu disuarakan oleh Bung ketika membahaskan peruntukan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat mempercepatkan lagi perolehan vaksin berkenaan selepas dimaklumkan vaksin berkenaan sudah ada di Indonesia dan beberapa negara lain.

“Saya dengar khabar bahawa vaksin ini sudah ada dan Indonesia sudah memeterai perjanjian dengan China dan negara-negara lain. Kenapa Malaysia belum? Kalau ada vaksin ini, keluarkanlah.

“Dan kalau perlu diuji awal-awal, sayalah orang pertama menawarkan diri, ujilah, saya tak takut. Saya mahu sihat,” katanya.

Pada 27 November lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan.

SUMBER: Astro Awani via gulapop

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*