“Entah kenapa, Saya Jadi Bernafsu Melihatnya” – Niat Nak Ziarah Ibu Pada Mulanya, Namun Berakhir Dengan ‘Insiden’ Dengan Pesakit Lain Pulak

Palembang: Seorang lelaki mengambil kesempatan ketika menziarahi ibunya yang sakit di hospital untuk mencabul pesakit perempuan lain.

Kompas melaporkan kejadian berlaku di wad sebuah hospital swasta di daerah Sako di sini.

Pegawai Polis Daerah Palembang, Edi Rahmat Mulyana mengesahkan suspek yang berusia 50 tahun melakukan perbuatan itu ketika melawat ibunya.

Beliau berkata, mangsa adalah salah seorang pesakit di hospital itu.

“Ketika kejadian, mangsa yang berusia 36 tahun tidur di katilnya sendiri tanpa ditemani ahli keluarga.

“Suspek menghampiri mangsa dan mencabul wanita itu.

“Mangsa yang tersedar diperlakukan lelaki itu terus menjerit meminta tolong,” katanya.

Mendengar jeritan itu, pengawal keselamatan terus menangkap suspek sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Suspek akan didakwa dan berdepan hukuman penjara selama tujuh tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, suspek mengakui menyesal dengan perbuatannya.

“Mangsa bersendirian ketika itu dan kebetulan dia ditempatkan satu wad dengan ibu saya.

“Entah kenapa, saya jadi bernafsu melihatnya dan minta maaf atas kesalahan saya ke atas mangsa yang juga keluarga,” katanya.

Sumber – hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*