
Selepas teruuk di keecam oleh pelbagai pihak, akhirnya Eira mula menyedari kesilapan dan mengeluarkan kenyataan ini
Assalamualaikum.
“Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat “Live” di Facebook Eira Azira di mana insiden
pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu (Body Shaming) terhadap
individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.
Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal
mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak. Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai
Beri Kesan Kepada Ahli Keluarga, Suami
Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira,
Sahabat², terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent² Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.
Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira,
tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah
Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.
Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak
ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah
Eira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat
memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting “Live” di Facebook yang terlibat.
Akhir kata dari Eira,
“…Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan.
Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira..”
Wasalam. 15 September 2020
Sampai 8 minit Influencer hiina fizikal org, sekali peguam ni tampil bersuara
Menerusi satu video yang tular yang menggunakan kata kata yang agak keterlaluan dari seorang influencer terhadap seorang follower,
seorang peguam tampil memberikan kenyataan di ruangan facebook beliau.
Tidak cukup dengan kata-kata kurang enak didengar, influencer itu juga menunjukkan gambar gambar orang yang dikatakan di dalam video tersebut.
Menerusi hantaran dari peguam ini, puan ini memberitahu akan mengambil tindakan ke atas influencer tersebut.
Sumber – limauais.pw
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply