Mudah Je Rupanya Cara Tukar Duit Yang Dah Koyak atau Rosak Kepada Duit Yang Baru

  • Pasti ramai di antara kita akan mengeluh jikalau duit yang kita miliki terkoyak ataupun rosak pada sebahagian duit tersebut.

Namun, tahukah anda bahawa duit yang terkoyak atau rosak sebahagian duit tersbut, anda boleh tukar semula duit tersebut dan boleh dapat duit yang baru dengan nilai yang sama mengikut keadaan duit tersebut.

Caranya sangat mudah, anda boleh pergi ke BNM, pergi je tanya dekat kaunter pertanyaan BNM tu cakap nak tukar duit baru, tak lama pun urusannya, anda akan diberi duit yang baru mengikut size wang yang ada..

Sebagai contoh duit sekeping RM50 yang rosak atau terkoyak 1/3, akan dapat nilai penuh RM50 yg baru semula

Akan tetapi jika wang tunai RM50 tersebut hanya tinggal separuh, maka anda akan dapat nilai RM25 berdasarkan size yang tinggal.

Tapi kalau size duit yang tinggal hanyalah 1/3, maka, anda boleh terus menganggap bahawa anda memang takde rezeki.

Jika BNM di KL terlalu jauh, korang boleh try pergi cawangan BMM di setiap negeri ataupun boleh mencuba nasib untuk ke apa-apa saja bank berdekatan dengan korang

Jadi lepas ni kalau duit yang anda simpan kena makan anai-anai ke, terkoyak atau rosak sebahagiannya, jangan terus nak buang ya, rugi besar tu. Ingat rezeki bukan senang kita nak cari, so cuba lah ikhtiar dengan cara ni.

Sumber – @rahmanismail_ (twitter)

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*