Disangka Mengangkat Sumpah Sebagai PM Esok! Rupa-rupanya PALSU Je…..

Pemuda PKR (AMK) memaklumkan penyebaran poster palsu yang mendakwa upacara mengangkat sumpah jawatan perdana menteri ke-9 akan diadakan di Istana Negara, esok.

Setiausahanya, Ahmad Syukri Razab berkata, poster yang memaparkan gambar presidennya, Anwar Ibrahim itu turut mengandungi logo dan tulisan ‘AMK’.

“Sila ambil maklum bahawa poster tersebut adalah palsu dan logo yang digunakan bukan logo rasmi AMK Malaysia.

“AMK menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan poster berkenaan yang mungkin dihasilkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengganggu proses transisi kerajaan persekutuan yang sedang berjalan,” kata Syukri dalam satu kenyataan.

Anwar semalam membuat kejutaan apabila mengumumkan bahawa dia mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Dalam sidang medianya, Anwar berkata majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

Mengulas lanjut, Syukri berkata AMK menjunjung penuh kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam memutuskan isu pemilihan perdana menteri.

“Ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berjaya memperolehi majoriti selesa bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru,” katanya.

Sumber-Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*